BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 25, 2009

Mohon Kemaafan

Assalamualaikum dan Salam Uzbatul,

Kami ingin memohon maaf kerana laman blog ini belum dikemaskini lagi kerana kesibukan terhadap kerja-kerja lain..

Kami akan mengemaskinikan blog ini secepat mungkin. InsyaAllah.

Kunjungi la "Kiosk Uzbatul Amin" di foyer Kolej Aminuddin Baki sempena bulan Ramadhan ini..Terdapat pelbagai juadah yang menarik boleh didapati di Kiosk kami dan juga gerai-gerai yang lain.

Friday, August 14, 2009

Al-Fatihah Untuk Pahlawan Nasyid Ustaz Asri...

Assalamualaikum dan salam uzbatul..

Pemergian ikon nasyid negara sangat mengejutkan kita

Satu demi satu mutiara agama menghadap Yang Maha Esa
Adakah dunia ini sudah semakin tua seperti janjiMu Ya Allah ?
Ajal mu sudah tiba wahai pahlawan nasyid..
Tugas mu di dunia ini telah pun selesai
Bagaimanakah pula diri kita yang masih tinggal di dunia ini ?
Sudahkah kita melaksanakan tugas sebagai seorang Khalifah di muka bumi ini ?
Dia pergi tidak akan kembali lagi..
Namun alunan suaranya masih jelas kedengaran..
Ya Allah, tempatkan lah dia bersama orang-orang yang beriman
Kuatkan lah hati-hati kami untuk mencari keredhaanMu Ya Allah

AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH


Dia merinduimu dan menjemputmu sebelum aku
Wajarkah aku cemburu?
Entah pula tiba giliran aku
Tugasmu telah sempurna
Bertemulah Cinta Agungmu yang saban hari didambakan
Hilangkanlah rindumu dulu
Pastinya kami juga bakal menyusul kesitu

Thursday, August 13, 2009

Perginya Seorang Insan...

Assalamualaikum dan salam uzbatul..

Hari ini, perginya seorang pendakwah 'berkaliber' yang menjadikan nasyid sebagai salah satu medium dakwahnya yang utama..

Allahyarham Asri Ibrahim telah 'pergi' meninggalkan dunia ini kira-kira jam 11.00 pagi akibat sakit jantung.

Satu berita yang sangat-sangat mengejutkan kerana Allahyarham sangat sihat di kaca mata media. Yang pasti Allah lebih menyayangi Allahyarham..

Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh Allahyarham berada dikalangan hambaNya yang soleh.. Amiinn InsyaAllah..

Al-Fatihah!!

(p/s: Gambar ini diambil di blog Allahyarham, asrirabbani.blogspot.com)

Wednesday, August 12, 2009

Perjumpaan Kedua Kelab Uzbatul Amin

Salam Uzbatul Amin kepada semua..

Untuk perjumpaan kali ini, ahli kelab Uzbatul Amin telah diberi tugas untuk melakarkan sebuah logo yang akan digunakan sebagai logo kelab. Alhamdulillah..lakaran telah pun diambil dan akan diubahsuai oleh saudara Shafiq (ahli kelab) untuk mencantikkan lagi logo tersebut.. Jika tiada aral melintang, logo kelab akan dipertontonkan dalam masa yang terdekat. InsyaAllah..

Selain melakar logo, pihak pemerhati kelab telah mengadakan beberapa 'game' sebagai satu bentuk 'pembelajaran' kepada ahli-ahli kelab Uzbatul Amin. Permainan ini dilihat sebagai satu permulaan kelab dalam membina komunikasi yang baik antara ahli kelab serta dapat mengeratkan hubungan di antara ahli kelab. Sebelum permainan ini dijalankan, para ahli kelab akan mencabut undi untuk menentukan kumpulan masing-masing.


Berikut adalah ringkasan daripada permainan yang dijalankan...

Permainan 1 :

Nama - Tema Silang Kata

Objektif -
  • Menilai semangat kerjasama antara ahli
    kumpulan
  • Melihat cara komunikasi di antara setiap ahli
    kumpulan
  • Menguji pengetahuan ahli kelab mengenai tema-tema yang digunakan untuk membawa sesuatu buah lagu nasyid


Permainan 2 :

Nama - Jangan Lupa Tajuk Lagu

Objektif -

i) Mengukur pengetahuan mengenai tajuk lagu nasyid yang terdapat di Malaysia

ii) Menilai semangat berpasukan di dalam kumpulan







Alhamdulillah, walaupun pejumpaan ini memakan masa sedikit, tetapi ahli-ahli kumpulan dapat memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang perjumpaan. Diharapkan ukhuwah yang dibina dapat bekekalan selama-lamanya..InsyaAllah

Antara sedutan-sedutan menarik sepanjang pejumpaan ini...







* Untuk download gambar-gambar di atas, sila klik di sini

Perjumpaan Sulung Kelab Uzbatul Amin

Alhamdulillah.. pada 30 Julai 2009, Kelab Uzbatul Amin telah mengadakan perjumpaan pertama dengan ahli kelab yang baru. Seramai 20 orang ahli kelab baru yang terdiri daripada 10 lelaki dan 10 perempuan telah pun mendaftar menjadi ahli kelab Uzbatul Amin.

Perjumpaan ini diadakan untuk mengenali ahli-ahli baru yang mendaftar dan memperkenalkan mereka kepada sejarah penubuhan kelab dan kenangan-kenangan yang dilalui oleh 8 orang ahli kelab pada sesi lepas.

Perjumpaan diadakan pada pukul 9.30 mlm bertempat di Bilik Sumber Melor, Kolej Aminuddin Baki, UKM. Pelbagai agenda dan perancangan kelab dibincangkan untuk 'mengisi' aktiviti-aktiviti kelab sepanjang sesi 2009/2010.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat diambil ketika pejumpaan berlangsung.






* Untuk download gambar di atas, sila klik sini


Penggambaran Kelab

Salam Uzbatul..

Untuk penggambaran kelab yang akan diadakan semasa perjumpaan kelab, sila patuhi etika pemakaian.

Lelaki :
  1. Baju berkolar
  2. Seluar selain tracksuit dan jeans

Perempuan :
  1. Bertudung lepas
  2. Berbaju kurung (warna bebas) atau berjubah

Anda diwajibkan untuk menghadiri sesi penggambaran kelab. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila berhubung dengan saudara Muaz. Sekian

Tuesday, August 4, 2009

Memori Indah Pengubat Rindu

Untuk entri kali ini, kami ingin mengimbau kembali kenangan-kenangan yang
telah kami lalui selama setahun kelab ini ditubuhkan...

Pelbagai kenangan dan memori kami lalui bersama seramai 8 orang pada sesi lepas...

Walaupun bilangan kami sedikit tapi kami dapat membuktikan bahawa kami tidak lemah..

Dengan
azam, impian dan niat untuk mendapat keredhaan Allah, kami berusaha dan
mendapat "balasan" daripada kesabaran dan keihklasan tersebut

Semoga Uzbatul Amin terus maju dan terus mengejar keredhaan Allah pada tahun ini dan tahun yang akan datang. InsyaAllah








"MEMORI MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN"