BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 12, 2009

Perjumpaan Sulung Kelab Uzbatul Amin

Alhamdulillah.. pada 30 Julai 2009, Kelab Uzbatul Amin telah mengadakan perjumpaan pertama dengan ahli kelab yang baru. Seramai 20 orang ahli kelab baru yang terdiri daripada 10 lelaki dan 10 perempuan telah pun mendaftar menjadi ahli kelab Uzbatul Amin.

Perjumpaan ini diadakan untuk mengenali ahli-ahli baru yang mendaftar dan memperkenalkan mereka kepada sejarah penubuhan kelab dan kenangan-kenangan yang dilalui oleh 8 orang ahli kelab pada sesi lepas.

Perjumpaan diadakan pada pukul 9.30 mlm bertempat di Bilik Sumber Melor, Kolej Aminuddin Baki, UKM. Pelbagai agenda dan perancangan kelab dibincangkan untuk 'mengisi' aktiviti-aktiviti kelab sepanjang sesi 2009/2010.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat diambil ketika pejumpaan berlangsung.






* Untuk download gambar di atas, sila klik sini


1 comments:

'Uzbatul Amin said...

Selamat Datang Ahli Kelab Uzbatul Amin yang baru