BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 12, 2009

Perjumpaan Kedua Kelab Uzbatul Amin

Salam Uzbatul Amin kepada semua..

Untuk perjumpaan kali ini, ahli kelab Uzbatul Amin telah diberi tugas untuk melakarkan sebuah logo yang akan digunakan sebagai logo kelab. Alhamdulillah..lakaran telah pun diambil dan akan diubahsuai oleh saudara Shafiq (ahli kelab) untuk mencantikkan lagi logo tersebut.. Jika tiada aral melintang, logo kelab akan dipertontonkan dalam masa yang terdekat. InsyaAllah..

Selain melakar logo, pihak pemerhati kelab telah mengadakan beberapa 'game' sebagai satu bentuk 'pembelajaran' kepada ahli-ahli kelab Uzbatul Amin. Permainan ini dilihat sebagai satu permulaan kelab dalam membina komunikasi yang baik antara ahli kelab serta dapat mengeratkan hubungan di antara ahli kelab. Sebelum permainan ini dijalankan, para ahli kelab akan mencabut undi untuk menentukan kumpulan masing-masing.


Berikut adalah ringkasan daripada permainan yang dijalankan...

Permainan 1 :

Nama - Tema Silang Kata

Objektif -
  • Menilai semangat kerjasama antara ahli
    kumpulan
  • Melihat cara komunikasi di antara setiap ahli
    kumpulan
  • Menguji pengetahuan ahli kelab mengenai tema-tema yang digunakan untuk membawa sesuatu buah lagu nasyid


Permainan 2 :

Nama - Jangan Lupa Tajuk Lagu

Objektif -

i) Mengukur pengetahuan mengenai tajuk lagu nasyid yang terdapat di Malaysia

ii) Menilai semangat berpasukan di dalam kumpulan







Alhamdulillah, walaupun pejumpaan ini memakan masa sedikit, tetapi ahli-ahli kumpulan dapat memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang perjumpaan. Diharapkan ukhuwah yang dibina dapat bekekalan selama-lamanya..InsyaAllah

Antara sedutan-sedutan menarik sepanjang pejumpaan ini...







* Untuk download gambar-gambar di atas, sila klik di sini

0 comments: