Salam uzbatul..
Kepada ahli kelab Uzbatul Amin dan juga pemerhati kelab, anda dijemput untuk memeriahkan lagi rumah terbuka yang 'dibuka' oleh keluarga salah seorang ahli kelab Uzbatul Amin iaitu saudari Husna. Sehubungan itu, kepada ahli kelab, anda digalakkan untuk mengikuti 'rombongan' Uzbatul Amin ke rumah Husna pada:
Hari : Ahad
Tarikh : 11/11/2009
Masa : Rombongan akan bertolak lepas Zohor
Tempat : Rumah Husna, Bandar Baru Bangi
* pengangkutan akan disediakan kepada mereka yang ingin pergi, Sila pergi ke kotak pengumuman di blog ini untuk makluman lanjut.
Thursday, October 8, 2009
Rumah Terbuka
Posted by 'Uzbatul Amin at 12:41 PM 0 comments
Labels: info
Wednesday, September 16, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Assalamualaikum dan salam uzbatul....
Pihak kami memohon maaf kerana sudah lama membiarkan blog ini tidak di'update' kan...
Ini kerana kesibukan kami sebagai pelajar dan juga dalam urusan kiosk dalam bulan ramadhan ini...
Di sini kami ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli kelab dalam penglibatan mereka dalam menguruskan kiosk di bazar ramadhan Kolej Aminuddin Baki..
Kita dapat lihat walaupun ia hanya Kiosk dan gerai yang kecik tapi semangat kekeluargaan dapat dilihat dan menjadi semakin kuat antara ahli kelab itu sendiri..
Pelbagai pengalaman dan masalah yang timbul tapi dengan izin allah masalah itu dapat diselesaikan..
Alhamdulillah..
Jadi di kesempatan ini pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam dan juga kepada ahli kelab Uzbatul Amin serta kepada mereka yang membantu perjalanan kelab selama ini.
Kami memohon maaf jika ada perkara yang kami lakukan melukakan hati anda secara sedar atau tidak kami sedar..
Binalah lagi semangat keluarga kita, kuatkan lagi ikatan kita, dan jagalah setiap ahli keluarga kita.. InsyaAllah Uzbatul Amin akan lebih ke hadapan..
Posted by 'Uzbatul Amin at 4:06 PM 0 comments
Labels: info
Friday, August 14, 2009
Al-Fatihah Untuk Pahlawan Nasyid Ustaz Asri...
Assalamualaikum dan salam uzbatul..
Pemergian ikon nasyid negara sangat mengejutkan kita
Satu demi satu mutiara agama menghadap Yang Maha Esa
Adakah dunia ini sudah semakin tua seperti janjiMu Ya Allah ?
Ajal mu sudah tiba wahai pahlawan nasyid..
Tugas mu di dunia ini telah pun selesai
Bagaimanakah pula diri kita yang masih tinggal di dunia ini ?
Sudahkah kita melaksanakan tugas sebagai seorang Khalifah di muka bumi ini ?
Dia pergi tidak akan kembali lagi..
Namun alunan suaranya masih jelas kedengaran..
Ya Allah, tempatkan lah dia bersama orang-orang yang beriman
Kuatkan lah hati-hati kami untuk mencari keredhaanMu Ya Allah
AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH
Wajarkah aku cemburu?
Entah pula tiba giliran aku
Tugasmu telah sempurna
Bertemulah Cinta Agungmu yang saban hari didambakan
Hilangkanlah rindumu dulu
Pastinya kami juga bakal menyusul kesitu
Posted by 'Uzbatul Amin at 8:17 PM 0 comments
Labels: info
Thursday, August 13, 2009
Perginya Seorang Insan...
Assalamualaikum dan salam uzbatul..
Hari ini, perginya seorang pendakwah 'berkaliber' yang menjadikan nasyid sebagai salah satu medium dakwahnya yang utama..
Allahyarham Asri Ibrahim telah 'pergi' meninggalkan dunia ini kira-kira jam 11.00 pagi akibat sakit jantung.
Satu berita yang sangat-sangat mengejutkan kerana Allahyarham sangat sihat di kaca mata media. Yang pasti Allah lebih menyayangi Allahyarham..
Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh Allahyarham berada dikalangan hambaNya yang soleh.. Amiinn InsyaAllah..
Al-Fatihah!!
Posted by 'Uzbatul Amin at 11:40 AM 0 comments
Labels: info
Wednesday, August 12, 2009
Penggambaran Kelab
Salam Uzbatul..
Untuk penggambaran kelab yang akan diadakan semasa perjumpaan kelab, sila patuhi etika pemakaian.
- Baju berkolar
- Seluar selain tracksuit dan jeans
Perempuan :
- Bertudung lepas
- Berbaju kurung (warna bebas) atau berjubah
Anda diwajibkan untuk menghadiri sesi penggambaran kelab. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila berhubung dengan saudara Muaz. Sekian
Posted by 'Uzbatul Amin at 11:39 AM 0 comments
Labels: info
Tuesday, August 4, 2009
Memori Indah Pengubat Rindu
telah kami lalui selama setahun kelab ini ditubuhkan...
azam, impian dan niat untuk mendapat keredhaan Allah, kami berusaha dan
mendapat "balasan" daripada kesabaran dan keihklasan tersebut
Posted by 'Uzbatul Amin at 6:53 PM 0 comments
Friday, July 31, 2009
Uzbatul Amin Di Blog
Pertama kalinya Kelab Nasyid Kolej Aminuddin Baki atau dikenali sebagai Uzbatul Amin (Remaja Amin) melangkah ke alam blog...
Di harapkan agar ruangan blog ini dapat dimanfaatkan terutamanya oleh ahli-ahli kelab ini dalam menyumbangkan idea, lagu, nasihat dan mesej yang dapat dijadikan sebagai satu medium dakwah pada masa ini..
Kewujudan blog ini bukan sahaja untuk tatapan ahli kelab.. Malah pecinta-pecinta nasyid tempatan, peminat-peminat nasyid serta masyarakat di luar sana boleh mengutarakan pendapat kalian supaya kita dapat memperbaiki kelemahan diri dan untuk kebaikan bersama...
Posted by 'Uzbatul Amin at 5:02 PM 0 comments
Labels: info


