BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam uzbatul....

Pihak kami memohon maaf kerana sudah lama membiarkan blog ini tidak di'update' kan...

Ini kerana kesibukan kami sebagai pelajar dan juga dalam urusan kiosk dalam bulan ramadhan ini...

Di sini kami ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli kelab dalam penglibatan mereka dalam menguruskan kiosk di bazar ramadhan Kolej Aminuddin Baki..

Kita dapat lihat walaupun ia hanya Kiosk dan gerai yang kecik tapi semangat kekeluargaan dapat dilihat dan menjadi semakin kuat antara ahli kelab itu sendiri..

Pelbagai pengalaman dan masalah yang timbul tapi dengan izin allah masalah itu dapat diselesaikan..

Alhamdulillah..

Jadi di kesempatan ini pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam dan juga kepada ahli kelab Uzbatul Amin serta kepada mereka yang membantu perjalanan kelab selama ini.

Kami memohon maaf jika ada perkara yang kami lakukan melukakan hati anda secara sedar atau tidak kami sedar..

Binalah lagi semangat keluarga kita, kuatkan lagi ikatan kita, dan jagalah setiap ahli keluarga kita.. InsyaAllah Uzbatul Amin akan lebih ke hadapan..

0 comments: